Anda di sini

Mangsa rabies Indonesia mati di Kuching

Advertisement
 


KUCHING: Seorang warga emas dari Indonesia meninggal dunia disyaki akibat rabies ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar swasta di sini, hari ini.

Wanita berusia 69 tahun itu yang dikenali sebagai Tju Djie Tin, berasal dari Jalan Dwi Kora Pulau Tayan Utara Sanggau, Indonesia.

Menurut sumber, wanita berkenaan digigit oleh anjing di rumahnya kira-kira tiga bulan lalu namun tidak mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

Dua bulan kemudian, dia dikatakan mengalami sakit di kaki dan telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Pontianak, sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini pada 13 Disember lepas.

Wanita berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia pada sekitar 6 pagi dan mayatnya dibawa balik ke Indonesia pada pukul 2.30 petang.

Bagaimanapun, difahamkan kes wanita berkenaan adalah tidak disenaraikan sebagai mangsa rabies di Sarawak kerana dia digigit di rumah sendiri.

Setakat ini, belum ada pengesahan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Jabatan Kesihatan Negeri mengenai kes tersebut.

  • oleh
  • Advertisement