Anda di sini

Chong, Tan dilepas dan dibebas dari tuduhan sertai demonstrasi jalanan

Advertisement
Chong (tengah) dan Tan (kanan) bersama peguam-peguam dan ahli-ahli DAP Sarawak termasuk ADUN Pending Violet Yong dan bapa Chong, Siew Chiang di mahkamah di Petra Jaya di sini, hari ini. 
Chong (tengah) dan Tan (kanan) bersama peguam-peguam dan ahli-ahli DAP Sarawak termasuk ADUN Pending Violet Yong dan bapa Chong, Siew Chiang di mahkamah di Petra Jaya di sini, hari ini. 

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dan bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan Kok Ping dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan terlibat dalam demonstrasi jalanan semasa perhimpunan aman BERSIH 4.0 pada tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Steve Ritikos membuat keputusan itu susulan arahan dari Jabatan Peguam Negara di Putrajaya agar pertuduhan itu ditarik balik ketika sebutan semula kes pagi ini. 

Chong dan Tan dipanggil membela diri hari ini selepas Mahkamah Tinggi pada 2017 membenarkan pihak pendakwa membuat rayuan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan mereka, serta mengarahkan kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Sesyen.

Pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Isa Hassim dan Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal sementara pihak peguambela terdiri daripada Roger Chin, Chong Siew Chiang dan Michael Kong. 

Chin memberitahu mahkamah bahawa perkara itu harus diselesaikan, maka ia hanya adil untuk melepaskan dan membebaskan mereka.

Ia mesti ada kesudahan kerana Chong ialah timbalan menteri di Kabinet persekutuan.

Chong yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Stampin, merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau dan Tan dituduh terlibat menyertai demonstrasi jalan secara haram apabila berarak dari depan Hotel Hilton Kuching dan sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Borneo, Jalan Tabuan dan Jalan Barrack sehingga Padang Song Kheng Hai di sini dari pukul 2 petang hingga 3 petang pada 29 Ogos 2015. 

  • oleh
  • Advertisement