Anda di sini

Bengkel Latihan Kejurulatihan DERMAGA mendapat sambutan

Advertisement
 Fadzril (barisan hadapan, dua kiri) bersama Fauwaz (barisan hadapan, tengah) dan Raufa (barisan hadapan, dua kanan) serta peserta lain merakam kenangan semasa bengkel berkenaan.
UNTUK ALBUM: Fadzril (barisan hadapan, dua kiri) bersama Fauwaz (barisan hadapan, tengah) dan Raufa (barisan hadapan, dua kanan) serta peserta lain merakam kenangan semasa bengkel berkenaan.

KUCHING: Bengkel Latihan Kejurulatihan Diriku Permata Berharga (DERMAGA) bagi peringkat negeri Sarawak di Bilik Seminar Kuching, Metrocity Matang di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Seramai 30 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar, mahasiwa universiti tempatan dan golongan remaja menyertai bengkel anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak yang berlansung selama dua hari pada awal Disember lalu.

Objektif penganjuran bengkel latihan adalah untuk melatih kelompok jurulatih baharu yang akan mengendalikan modul DERMAGA di Sarawak.

 Fauwaz menyampaikan ceramahnya kepada para peserta bengkel.
CERAMAH: Fauwaz menyampaikan ceramahnya kepada para peserta bengkel.

Ia juga bertujuan mewujudkan ahli masyarakat yang lebih selamat selain mewujudkan kelompok sokongan antara guru, ibu dan bapa serta relawan sebagai platform dalam menangani kes dan masalah berkaitan gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

DERMAGA merupakan program pendidikan remaja yang khusus untuk menjauhi gejala sosial dan lebih kepada menghargai diri sendiri.

Program ini diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampaikan maklumat berkaitan pendidikan mahupun kesihatan reproduktif dalam kalangan remaja.

Justeru, pelbagai aktviti telah disediakan untuk peserta termasuk pembentangan ceramah daripada jurulatih berkaliber bagi mempersiapkan mereka dengan isu pendidikan remaja di Bumi Kenyalang.

Hadir sama pada sesi bengkel latihan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) ABIM Pusat Mohammad Fazril Mohd Saleh dan Ketua Hal Ehwal Wanita (Helwa) ABIM Negeri Sarawak Sharifah Afifah Wan Morshidi, Jurulatih Utama DERMAGA merangkap AJK Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Pusat Fauwaz Hasbullah dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak Raufa Irman Abdul Raub.

  • oleh
  • Advertisement