Anda di sini

Penunggang motosikal maut dirempuh pikap

Advertisement
Keadaan di tempat kejadian selepas berlakunya kemalangan di KM 52, Jalan Mukah-Selangau hari ini.
Keadaan di tempat kejadian selepas kemalangan maut di KM 52, Jalan Mukah-Selangau hari ini.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 52, Jalan Mukah-Selangau pada sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Juan Lium berusia 52 tahun dari Rumah Garuna, Sg Temesu, Mukah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kenderaan pacuan roda dalam perjalanan dari Mukah menghala ke Selangau.

"Sampai di KM52, Jalan Mukah-Selangau, tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa telah keluar dari simpang sebelah kiri pemandu .

"Pemandu telah membrek tetapi oleh kerana jarak yang terlalu dekat telah merempuh motosikal mangsa. Mangsa yang mengalami cedera parah telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Mukah," jelasnya.

Jimmy berkata, mayat mangsa di bawah ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement