Anda di sini

Peniaga harus memikirkan kelestarian alam sekitar

Advertisement
 Safiee (empat kanan) menurunkan tandatangan ke atas plak sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.
RASMI: Safiee (empat kanan) menurunkan tandatangan ke atas plak sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.

MUKAH: Peniaga harus memikirkan kelestarian alam sekitar dengan menggunakan bahan lebih mesra alam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata penggunaan beg plastik dan polistirena harus dikurangkan dalam aktiviti perniagaan.

“Penggunaan beg plastik dan polistirena sudah menjadi kebiasaan, namun kita boleh mengubahnya demi keselamatan generasi masa depan,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Medan Selera Daro dan Perasmian Program Sifar Polistirena di sini.

Keburukan penggunaan beg plastik dan polisterin bukan sahaja melibatkan kelestarian alam sekitar malah turut berkait rapat dengan kualiti kesihatan.

Justeru, beliau menasihati peniaga menggunakan bahan pengganti seperti beg kertas dan bekas makanan dapat dikitar semula demi mengurangkan penggunaan beg plastik dan polistirena.

Sementara itu, mengenai medan selera bakal siap dalam tempoh satu setengah tahun itu, beliau mengatakan ia akan muncul sebagai satu tarikan baharu pekan Daro.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada peniaga yang harus mempunyai semangat tinggi menjadikan tempat itu terkenal.

“Harus jual barang atau makanan berkualiti dan menarik, menjadi tarikan serta kekuatan medan selera ini setelah siap nanti,” katanya.

Peluang keemasan itu juga mesti dimanfaatkan peniaga sekitar Daro terutama golongan Bumiputera.

Medan selera dianggarkan bernilai RM3.3 juta itu  berkonsepkan santai dan terbuka.

Advertisement