Anda di sini

Penganggur serang adik dengan gergaji ditahan

Advertisement
 Mangsa mengalami kecederaan selepas diserang abangnya menggunakan gergaji.
CEDERA: Mangsa mengalami kecederaan selepas diserang abangnya menggunakan gergaji.

SIBU: Seorang penganggur lelaki ditahan polis selepas bertindak di luar kawalan menyerang adiknya menggunakan gergaji di kediaman mereka di Kampung Sentosa Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata suspek bertindak demikian selepas dilarang adiknya kerana meminta duit daripada ibu mereka.

“Ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang kelmarin, mangsa, 37, bekerja sebagai kelindan lori sedang makan terdengar suspek meminta duit daripada ibu mereka.

“Mangsa melarang dan menyuruh abangnya bekerja sendiri mencari duit. Abang mangsa kemudian bertindak di luar kawalan dan menyerang mangsa dengan gergaji.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian sebelah kiri kepala dengan lapan jahitan dan luka tetakan di lengan kanan serta belakang leher,” katanya ketika dihubungi semalam.

Stanley berkata, bertindak atas maklumat polis berjaya menahan suspek dalam tempoh kurang 24 jam.

“Ketika tangkapan dibuat, sebilah gergaji digunakan suspek dirampas,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek, 44, mempunyai rekod jenayah lampau terlibat penyalahgunaan dadah.

“Suspek direman sehingga 19 Disember ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisement