Anda di sini

Masyarakat diseru bersama memantau pili bomba

Advertisement
 Khirudin (kanan) mengiringi Abang Johari yang mengadakan lawatan sempena Program Bomba Komuniti Satok di Kuching, semalam.
LAWAT: Khirudin (kanan) mengiringi Abang Johari yang mengadakan lawatan sempena Program Bomba Komuniti Satok di Kuching, semalam.

KUCHING: Masyarakat umum khasnya ahli Bomba Komuniti diseru bersama memantau pili bomba serta menawarkan diri sebagai Teman Pili Bomba demi menjaga peralatan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, sehingga kini daripada 34,063 unit pili bomba seluruh negeri, hanya 8,767 atau kurang 30 peratus didaftar sebagai Teman Pili Bomba.

“Jumlah pili bomba di Sarawak 34,063 unit termasuk awam dan swasta dan hanya 8,767 telah didaftar sebagai Teman Pili Bomba dari 2008 hingga 2018.

“Pendaftaran Teman Pili Bomba itu tidak sampai 30 peratus dan sekurang-kurangnya dengan jumlah berkenaan kita menyampaikan 80 peratus didaftar sebagai Teman Pili Bomba.

“Maka itu kita menyeru kepada masyarakat khasnya Bomba Komuniti tampil bersama memantau dan menawarkan diri sebagai Teman Pili Bomba atau bapa angkat pili bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penutupan Program Bomba Komuniti Satok yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Tambah Khirudin program Teman Pili Bomba jabatan menjadikan pili bomba tersebut sebagai ‘anak angkat’.

Sehubungan itu kata beliau, penduduk yang tinggal berdekatan dengan pili bomba dijemput untuk menjadi teman pili tersebut.

Mengulas lanjut mengenai Bomba Komuniti katanya, pada 2018 sebanyak 65 pasukan baharu ditubuhkan di Sarawak dengan keahlian seramai 564 orang.

“Bomba Komuniti memberi impak sangat besar kepada keselamatan kebakaran iaitu sebagai first responder dengan memadam api peringkat permulaan menggunakan alat pemadam api,” katanya.

Sementara itu pada majlis berkenaan seramai 20 individu Teman Pili Bomba telah menyertai program dan diberikan sijil Teman Pili Bomba dari jabatan.

  • oleh
  • Advertisement