Anda di sini

KRI Tawau ingatkan rakyatnya waspada ancaman penculik

Advertisement

TAWAU: Rakyat Indonesia terutamanya yang bekerja di perairan timur Sabah diingatkan supaya berhati-hati terhadap ancaman penculikan terutamanya sempena menyambut Krismas dan Tahun Baharu.

Menurut kenyataan rasmi Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, berikutan penculikan nelayan yang berlaku awal bulan ini menandakan masih terdapat ancaman terhadap wilayah ini.

Rakyatnya yang bekerja sebagai nelayan atau kru kapal dinasihatkan sentiasa mengikuti prosedur keselamatan serta pastikan alatan komunikasi dan sistem penggera keselamatan berfungsi dengan baik.

Kenyataannya juga mengesa agar setiap nelayan atau kru kapal menyimpan nombor talian pasukan Esscom yang bertugas dan sentiasa mendapatkan informasi daripada pasukan keselamatan tentang keadaan laut.

Nelayan dan kru kapal juga perlu bekerjasama antara satu dengan yang lain serta melakukan aktiviti nelayan dengan cara berkelompok.

  • oleh
  • Advertisement