Anda di sini

Kanak-kanak lemas di kolam renang

Advertisement
Gambar hiasan

LUNDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah pusat peranginan di Sematan, dekat sini, hari ini. 

Mangsa dikenali sebagai Azayah Azman dari Kampung Tabuan Melayu di Kuching dikatakan tiba di pusat peranginan itu bersama keluarganya sekitar tengah hari tadi untuk beriadah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Lundu DSP Wong Chee Keong berkata berdasarkan laporan polis dibuat oleh pengadu, mangsa bersama keluarga tiba di pusat peranginan itu sekitar 12 tengah hari dan kemudiannya mencari tempat berehat.

"Tiga orang anaknya (pengadu) telah mandi di kolam renang (di pusat peranginan itu). Tidak lama kemudian pengadu dimaklumkan oleh anaknya yang nombor lima, adik bongsu telah lemas.

"Pengadu kemudian, terus membawa anaknya itu ke Klinik Kesihatan Sematan dan pihak klinik telah berusaha menyelamatkan mangsa tetapi disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di situ," ujar Wong.
 

  • oleh
  • Advertisement