Anda di sini

Francess Clare MUNCUL juara ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’

Advertisement
 Dennis merakam kenangan bersama semua peserta akhir Pertandingan ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Dennis merakam kenangan bersama semua peserta akhir Pertandingan ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ di Kuching, semalam.

KUCHING: Francess Clare Lim Syn dinobatkan sebagai juara ‘Miss Tiny Tot Boulevard 2018’ pada peringkat akhir pertandingan itu yang berlangsung di pusat beli-belah Boulevard di sini semalam.

Kemenangan itu melayakkan Francess membawa pulang hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarket bernilai RM2,000, tiara, jubah, tongkat, selempang, trofi, sijil penghargaan, baucar penginapan di Hotel Imperial, hamper Princess Club, set cadar tilam, beg sekolah troli, bagasi, basikal dan sejambak bunga.

Hadiah untuk juara Miss Tiny Tot Boulevard 2018 disampaikan Pengarah Urusan Boulevard Hypermarket Dennis Lee Sing Onn.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang Bernice Cham Wan Xuan dan Dayang Alwina Iriyana AbangAbdul Rahim.

Bernice memenangi hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarket bernilai RM1,500, selempang, trofi, sijil penghargaan, baucar penginapan di Hotel Imperial, set cadar tilam, beg sekolah troli, hamper Princess Club dan sejambak bunga.

Manakala Dayang Alwina membawa pulang hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarket bernilai RM 1,000, selempang, trofi, sijil penghargaan, baucar penginapan di Hotel Imperial, set cadar tilam, beg sekolah troli, hamper Princess Club dan sejambak bunga.

Bagi hadiah sagu hati pula, tujuh pemenang yang berentap pada pertandingan akhir itu masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar Boulevard Hypermarket bernilai RM300, trofi, sijil penghargaan dan hamper Pureen.

Sementara itu, Boulevard ‘Miss Photogenic 2018’ menjadi milik Candice Lau dengan membawa hadiah baucar Boulevard Hypermarket bernilai RM500, hamper Princess Club, ‘16R Winning Photography with frame’, bantal dan sijl penghargaan.

Boulevard ‘Miss Talent 2018’ dan Boulevard ‘Miss Popular 2018’ masing-masing dimenangi Eva Claudine Austine Buma dan Beberly Sii Yi Xuan.

Eva membawa pulang hadiah baucar Boulevard Hypermarket bernilai RM200, sijil penghargaan, bantal dan hamper Princess Club manakala Beberly menerima hadiah berupa bagasi, selimut, bantal dan sijil penghargaan.

Seramai 10 kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun berentap pada peringkat akhir untuk Pertandingan Miss Tiny Tot Boulevard 2018 yang dianjurkan Boulevard Shopping Mall, Boulevard Hypermarket Kuching dengan kerjasama Phil Art Photography dan Beat Dance & Vocal Studio.

Objektif penganjuran pertandingan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan bakat masing-masing.

  • oleh
  • Advertisement