Anda di sini

Dua lelaki diberkas disyaki curi enjin

Advertisement
 Salah seorang suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
DITAHAN: Salah seorang suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

MIRI: Dua lelaki ditangkap polis dalam serbuan berasingan di Kampung Sealine di sini pagi kelmarin kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri enjin.

Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 11 pagi.

Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, tangkapan ke atas kedua-dua suspek dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada bulan lalu mengenai kes kecurian enjin kereta.

“Mangsa menyedari enjin kereta yang disimpan dalam stor simpanan barang telah hilang dipercayai dicuri orang tidak dikenali.

“Difahamkan, enjin tersebut masih dalam proses dibaiki disebabkan rosak,” kata sumber.

Advertisement