Anda di sini

Drake & Lamar dapat pencalonan terbanyak Anugerah Grammy

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 28 Januari 2018 ini menunjukkan Kendrick Lamar menerima anugerah Grammy untuk Album Rap Terbaik menerusi album ‘DAMN.’ semasa Anugerah Grammy ke- 60 di New York. Kendrick Lamar dan Drake mendahului pencalonan bagi Anugerah Grammy, tetapi Cardi B, Lady Gaga, Brandi Carlile dan pendatang baharu dari Amerika H.E.R membantu menjadikannya barisan calon yang didominasi wanita untuk hadiah-hadiah terkemuka pada tahun ini dalam industri muzik. — Gambar AFP
PENCALONAN TERBANYAK: Gambar fail yang diambil pada 28 Januari 2018 ini menunjukkan Kendrick Lamar menerima anugerah Grammy untuk Album Rap Terbaik menerusi album ‘DAMN.’ semasa Anugerah Grammy ke- 60 di New York. Kendrick Lamar dan Drake mendahului pencalonan bagi Anugerah Grammy, tetapi Cardi B, Lady Gaga, Brandi Carlile dan pendatang baharu dari Amerika H.E.R membantu menjadikannya barisan calon yang didominasi wanita untuk hadiah-hadiah terkemuka pada tahun ini dalam industri muzik. — Gambar AFP

DUA penyanyi rap Kendrick Lamar dan Drake mendahului pencalonan bagi Anugerah Grammy yang diumumkan baru-baru ini, tetapi Cardi B, Lady Gaga, Brandi Carlile dan pendatang baharu dari Amerika H.E.R membantu menjadikannya barisan calon yang didominasi wanita untuk hadiah-hadiah terkemuka pada tahun ini dalam industri muzik.

Pemenang anugerah Grammy sebanyak 10 kali Taylor Swift, Beyonce, Ariana Grande dan Camila Cabello merupakan antara artis-artis terbesar yang tidak dicalonkan dalam beberapa kategori teratas yang didominasi hip-hop dan R&B.

Drake dari Kanada, artis yang paling banyak distrim pada 2018, memperolehi lapan pencalonan, termasuk album terbaik untuk ‘Scorpion’, selain lagu terbaik dan rekod terbaik untuk lagu singlenya ‘God’s Plan’.

Lima daripada lapan calon dalam pertandingan album terbaik adalah wanita – album Cardi B ‘Invasion of Privacy’, album Janelle Monae ‘Dirty Computer’, filem penyanyi lagu masyarakat Brandi Carlile ‘By the Way, I Forgive You’, album penyanyi country Kacey Musgraves ‘Golden Hour’ dan album pendatang baharu H.E.R. iaitu ‘H.E.R’.

Lagu penyanyi rap Post Malone ‘Beerbongs & Bentleys’ dan runut bunyi untuk filem hit ‘Black Panther’, yang diterbitkan oleh Lamar, melengkapkan calon-calon bagi album terbaik.

Lamar, penyanyi rap pertama yang memenangi Pulitzer Prize untuk muzik, Drake, Cardi B dan Carlile  turut menerima pencalonan bagi rekod terbaik.

Akademi Rakaman, dengan ahli-ahli yang memilih anugerah Grammy, pada tahun ini menambah jumlah calon kepada lapan berbanding lima dalam empat kategori teratas – rekod, lagu dan album terbaik, dan artis baharu terbaik – untuk membolehkan barisan calon yang lebih pelbagai.

Akademi turut memperluaskan keahliannya dan menubuhkan pasukan petugas kepelbagaian selepas kontroversi meletus berhubung jumlah calon, pemenang dan penghibur wanita yang rendah di majlis yang disiarkan oleh televisyen itu pada Januari.

Enam daripada lapan calon artis baharu terbaik adalah wanita, termasuk H.E.R., Chloe x Halle, bintang pop British, Dua Lipa, dan Bebe Rexha.

Cardi B, yang menikmati tahun luar biasa, Lady Gaga, nama muzik pelakon Donald Glover, Childish Gambino, dan bintang country-pop Maren Morris masing-masing menerima lima pencalonan pada keseluruhannya.

Kebanyakan pencalonan Lady Gaga diterima daripada lagu singlenya ‘Shallow’ bersama pelakon-pengarah Bradley Cooper dari filem mereka ‘A Star is Born’, yang memperolehi lima pencalonan Golden Globe.

Dalam penolakan terbesar, Swift, salah seorang penyanyi paling berjaya di dunia, diketepikan dalam kategori anugerah utama, dan hanya menerima satu sahaja pencalonan dalam kategori pop untuk albumnya yang paling laris ‘Reputation’.

Grande, yang baru-baru ini memenangi anugerah ‘Billboard’s Woman of the Year’, dan Cabello yang dilahirkan di Cuba masing-masing menerima dua pencalonan dalam kategori album pop dan kategori pop single.

Beyonce terpaksa berpuas hati dengan hanya tiga sahaja, semuanya dia kongsikan bersama suaminya Jay-Z – video muzik ‘Apeshit’, persembahan R&B ‘Summer’ dan album kontemporari urban ‘Everything is Love’.

Anugerah Grammy akan disampaikan di satu majlis di Los Angeles pada 10 Februari. — Reuters

Advertisement