Anda di sini

Bersatu untuk tawan Sarawak pada PRN akan datang- Baru

Advertisement
Baru Bian.
Baru Bian.

KUCHING:Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang dipilih semula,  Baru Bian meminta semua pemimpin dan ahli PKR negeri bekerja sama serta bersatu untuk menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Sebagai pengerusi, saya mahu menyeru semua pemimpin dan ahli Keadilan di Sarawak bekerja sama sebagai satu pasukan serta menggabungkan tenaga serta memfokus strategi menundukkan kerajaan pembangkang. 

"Hanya dengan kerja sama dan bersatu kita boleh menawan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," katanya menerusi satu kenyataan media.

Menteri Kerja Raya itu berkata beliau tidak sabar untuk bekerja sama dengan semua Ketua PKR Cabang negeri  yang dipilih, sama ada baharu atau dipilih semula.

"Insklusif atau keterangkuman adalah kunci bersatu dan kemenangan," ujarnya.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Ba'Kelalan berkata pemimpin PKR khasnya berjanji akan terus mengukuhkan kedudukan parti itu di Sarawak dan ia hanya dicapai jika semua pihak boleh bekerja sama mencapai matlamat-matlamat sama.

Menurutnya, matlamat-matlamat itu ialah menjadikan Sarawak lebih baik dan Malaysia yang lebih kukuh amnya melalui kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan undi percaya dan saya merakamkan penghargaan kepada beliau atas sokongannya itu.

"Terima kasih dan penghargaan juga saya rakamkan kepada Ketua-Ketua Cabang Sarawak kerana memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Keadilan Sarawak sepenggal lagi.

"Kesetian mereka bertahun-tahun lalu dan perjuangan kita bersama untuk semua rakyat Sarawak adalah bukti komitmen mereka untuk keadilan tanah air ini," ujarnya.

Pada malam Sabtu lepas Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil mewakili Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Baru kekal sebagai Pengerusi MPN, PKR Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Be' Kalalan itu berjaya mengekalkan jawatan dipegangnya sejak  2009, meskipun di sebalik berbagai spekulasi yang mengatakan beliau akan diganti.

Fahmi dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas proses perbincangan Anwar dengan ketua-ketua cabang negeri.

"Jawatan-jawatan lantikan lain akan diumumkan kemudian," katanya.

Pada Jumaat, Anwar bermesyuarat dengan ketua-ketua cabang PKR bagi berbincang dan memilih Pengerusi MPN Sarawak.

PKR selesai mengadakan pemilihan parti pada awal November.

Pemilihan tersebut disusuli kongres parti yang pertama selepas PKR, sebagai antara parti membentuk Pakatan Harapan (PH), berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.

  • oleh
  • Advertisement