Anda di sini

Beberapa kawasan rendah di Kanowit dilanda banjir

Advertisement
 Padang SK Tuah ditenggelami air setinggi setengah kaki semalam.
TENGGELAM: Padang SK Tuah ditenggelami air setinggi setengah kaki semalam.

SIBU: Beberapa kawasan rendah sekitar daerah Kanowit di sini mula dilanda banjir pagi semalam ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, antara kawasan terjejas ialah Sekolah Kebangsaan(SK) Sungai Tuah, SK Nanga Balingiau, Jalan Penyulau Kanowit dan Rumah Awin di Sungai Mapai.

Bagi SK Sungai Tuah hanya kawasan padang sekolah dinaiki air sehingga setengah kaki dan tiada sebarang aktiviti sekolah berlangsung berikutan musim cuti sekolah.

Air naik sekitar jam 8 pagi di SK Nanga Balingiau menyebabkan beberapa kawasan digenangi air dan lumpur.

Jalan Penyulau Kanowit dinaiki air setinggi satu hingga dua kaki dan hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda 4x4.

Bagaimanapun, semua kawasan menunjukkan trend air surut dan keadaan berisiko dinaiki air di daerah Kanowit adalah masih terkawal.

Advertisement