Anda di sini

Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Selasa

Advertisement
Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. - Gambar fail AFP

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dengan kelajuan 40-50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa, 18 Disember ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini angin kencang dengan ukuran berkenaan juga dijangka melanda kawasan perairan Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

"Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut," menurutnya.

Sementara itu angin kencang Timur Laut dan laut bergelora berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Condore dan utara Reef North sehingga Selasa ini.

 Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - Bernama 

Advertisement