Anda di sini

Tukang gunting di Sibu berjaya elak ditipu Macau Scam

Advertisement
Gambar hiasan 

SIBU: Tindakan bijak seorang tukang gunting di bandar raya ini untuk memutuskan terus panggilan dari 'polis' berjaya mengelakkannya dirinya daripada terjerat dengan tipu helah sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, wanita berusia 25 tahun dari Kanowit itu menerima satu panggilan semalam daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek memberitahu pengadu pada tarikh 11 Disember lepas, kenderaan yang disewa oleh pengadu telah dalam terlibat kes kemalangan di Johor. Pengadu memberitahu dia tidak berada di Johor tetapi berada di Sarawak dan tidak pernah menyewa kenderaan di Johor,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek turut meminta pengadu membuat bayaran sebanyak RM30,000 jika ingin menyelesaikan kes itu dan tidak mahu waran tangkap dikeluarkan.

“Pengadu menafikan terlibat dalam kes tersebut dan merasakan suspek cuba memperdayakannya. Pengadu telah memutuskan panggilan tersebut," katanya sambil menambah pengadu tidak membuat sebarang bayaran dan tidak mengalami sebarang kerugian.

  • oleh
  • Advertisement