Anda di sini

Ta Ann Pelita Silas Plantation, peserta projek alu-alukan lawatan Dr Rundi

Advertisement
 Dr Rundi (tujuh kiri), Abdul Hamed (lapan kiri), Wong (lima kiri) serta yang lain ketika melawat ladang di Ulu Sebauh, Bintulu.
KUNJUNGAN: Dr Rundi (tujuh kiri), Abdul Hamed (lapan kiri), Wong (lima kiri) serta yang lain ketika melawat ladang di Ulu Sebauh, Bintulu.
 Dr Rundi ketika menyampaikan ucapannya.
AMANAT PENTING: Dr Rundi ketika menyampaikan ucapannya.
APA KHABAR?: Abdul Hamed (kiri) bersalaman dengan hadirin ketika menunggu ketibaan Dr Rundi ke ladang kelapa sawit di Ulu Sebauh, Bintulu.
APA KHABAR?: Abdul Hamed (kiri) bersalaman dengan hadirin ketika menunggu ketibaan Dr Rundi ke ladang kelapa sawit di Ulu Sebauh, Bintulu.

BINTULU: Ta Ann Pelita Silas Plantation Sdn Bhd bersama para peserta projek perladangan kelapa sawit dari rumah panjang berdekatan mengalu-alukan lawatan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, baru-baru ini.

Ta Ann Pelita Silas Plantation merupakan sebuah syarikat usaha sama antara Ta Ann Holdings Berhad dan Pelita Holdings Sdn Bhd dalam projek perladangan kelapa sawit berdasarkan konsep tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Ulu Sebauh, Bintulu.

Perladangan kelapa sawit di Ta Ann Pelita Silas Plantation dimulakan pada 2005 dan setakat ini, kira-kira 5,665 hektar telah ditanam dengan profil umur sawit rata-ratanya lapan tahun.

Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad Dato K.H Wong serta kakitangan pengurusan kanan Ta Ann serta peserta projek mengalu-alukan Dr Rundi dan rombongannya ke ladang tersebut dan menemani mereka untuk lawatan ke lapangan bagi melihat operasi pengurusan ladang-ladang.

Abdul Hamed melahirkan setinggi-tinggi penghargaan bagi mewakili Ta Ann kepada semua pihak yang berkepentingan terutama pemilik tanah atas kepercayaan dan kerjasama mereka dalam menjamin kelancaran kemajuan projek usaha sama itu.

Beliau menambah, Ta Ann akan tetap komited untuk meningkatkan kebajikan dan taraf hidup masyarakat setempat dengan bayaran dividen yang tepat pada masanya dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) lain seperti memperluaskan bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan dan layak di mana Ta Ann telah menjanjikan RM1 juta untuk itu.

Sementara itu, Dr Rundi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Ta Ann Holdings Berhad atas keberanian dan kesanggupan mereka untuk mengambil cabaran membangunkan tanah-tanah yang telah terbiar sebelum ini menjadi ladang produktif yang membawa banyak manfaat sosioekonomi kepada pemilik tanah.

Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat hasil positif dan memuji projek usaha sama itu sebagai salah satu yang terbaik dan paling berjaya di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu menekankan lagi pentingnya semangat kerjasama dan saling menghormati dalam mengekalkan kejayaan projek tersebut.

Advertisement