Anda di sini

Heriot-Watt University Malaysia komited sedia sistem pembelajaran terbaik buat pelajar

Advertisement
DENNIS WONG
DENNIS WONG
 Heriot-Watt University Malaysia menawarkan pakej kursus dan program yang sama seperti kampus di Dubai, Edinburgh dan Scotland.
JAMINAN MASA DEPAN: Heriot-Watt University Malaysia menawarkan pakej kursus dan program yang sama seperti kampus di Dubai, Edinburgh dan Scotland.

KUALA LUMPUR: Ditubuhkan sejak tahun 1821, Heriot-Watt University sememangnya terkenal dengan rekod kecemerlangan dalam industri pendidikan dan baru-baru ini, universiti ini telah diiktiraf Times and Sunday Times Good University Guide 2018 sebagai universiti antarabangsa terbaik.

Selain itu, beberapa kursus yang disediakan oleh universiti itu juga turut diiktiraf di antara jurusan yang terbaik, contohnya  seperti di United Kingdom jurusan kejuruteraan awam, kejuruteraan elektronik serta jurusan perakaunan dan kewangan masing-masing menduduki tempat ketiga teratas di United Kingdom.

Deputy Provost Heriot-Watt University, Profesor Dennis Wong berkata, Heriot-Watt University Malaysia menawarkan pakej kursus dan program yang sama seperti kampus di Dubai, Edinburgh dan Scotland.

“Sehubungan itu, ianya memberi kelebihan kepada pelajar untuk bertukar kampus dan menikmati suasana belajar yang berbeza. Ini membolehkan mereka menimba pengalaman di luar negara sambil menimba ilmu bersama rakan sekelas yang baharu.”

“Kami menggalakkan pelajar melihat dunia dan mengubahnya. Kami memiliki lima  kampus dan 150 rakan pengajian di seluruh dunia. Para pelajar boleh memanfaatkan peluang yang diberikan untuk memindahkan pengajian mereka ke kampus di luar negara menerusi program pertukaran kampus Go Global.”

 “Heriot-Watt University turut memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran kepada pelajar sekali gus menyediakan platform untuk melonjakkan mereka ke arah mencapai cita-cita mereka dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan di masa hadapan,” katanya pada sesi wawancara media bersama wartawan Utusan Borneo dan See Hua daily News.

Tambah Profesor Dennis lagi “Heriot-Watt University turut mempunyai kursus dalam program asas yang direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam program mahasiswa.”

“Antara program asas ini ialah ‘Empower Programme’ dan ‘Youth Transformation Programme (YTP)’ yang memberi kelebihan pada pelajar kami.”

‘Empower Programme’ merupakan program berstruktur empat peringkat yang direka untuk memberi jaminan masa depan, menyerlahkan potensi dan menyediakan pelajar kami untuk menghadapi masa hadapan mereka.

“Peringkat pertama program ini ialah kursus jangka masa setahun yang perlu diduduki setiap pelajar pada tahun pertama mereka berada di universiti. Kursus ini bertujuan untuk membangunkan graduan yang berjaya, bijak dan bersemangat.”

“Bagi tiga peringkat yang seterusnya, pelajar akan dinilai berdasarkan penilaian peribadi  oleh tutor masing-masing sepanjang mereka belajar di sini.”

“Bagi Youth Transformation Programme (YTP) pula, ia merupakan program yang direka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertujuan bagi membantu memperkasakan dan memberi inspirasi kepada pelajar ini untuk membolehkan mereka menjalani transisi dari sekolah ke pengajian universiti,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan biasiswa yang ditawarkan di Heriot-Watt University Malaysia, melawat kampusnya di Putrajaya sempena Hari Terbuka Kampus Heriot-Watt University Malaysia pada 16 Disember dari 10 pagi hingga 5 petang.

Anda juga boleh melayari laman web www. hw.edu.my atau hubungi +60 3 8894 3888  atau / e-mel [email protected].

Advertisement