Anda di sini

Buaya sesat dalam parit

Advertisement
Buaya tersebut berjaya ditangkap oleh anggota APM dan akan dihantar ke Matang.
Buaya tersebut berjaya ditangkap oleh anggota APM dan akan dihantar ke Matang.

KUCHING: Seekor buaya yang dianggarkan sepanjang sembilan kaki dengan berat kira-kira 60 kilogram ditemui sesat di dalam parit berdekatan sebuah tapak pembinaan di Taman Syn Syn, Matang di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 9.19 pagi dan terus ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, mendapati seekor buaya di dalam parit yang dijumpai oleh pekerja buruh di tapak pembinaan berdekatan.

“Buaya tersebut berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan kemudian diikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Difahamkan, buaya tersebut kemudian dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang.

  • oleh
  • Advertisement