Anda di sini

5,000 meriahkan perarakan Krismas Sibu

Advertisement
Kemeriahan sambutan perarakan Krismas di Dataran Tun Tuanku Bujang.
Kemeriahan sambutan perarakan Krismas di Dataran Tun Tuanku Bujang.

SIBU: Lebih 5,000 penganut Kristian serta orang ramai hadir memeriahkan  perarakan Krismas di Dataran Tuanku Bujang di sini malam ini.

Perarakan tahun ini dihoskan oleh Gereja Roman Katolik bertemakan “I bring tidings of Great Joy, Jesus, the Messiah and Lord to be shared by all”.

Bishop Rt Rev Joseph Hii (kiri) bersama Datuk Tiong Thai King (tiga kanan) serta ketua-ketua dan wakil gereja menyalakan lampu.
Bishop Rt Rev Joseph Hii (kiri) bersama Tiong (tiga kanan) serta ketua-ketua dan wakil gereja menyalakan lampu.

Perarakan anjuran Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Sibu dimulakan dengan ucapan pengerusinya Pastor Ting Leh Na.

Acara tahunan itu turut dimeriahkan dengan upacara doa dan ucapan mesej Krismas oleh Bishop Katolik Rt Rev Joseph Hii.

Ahli-ahli Gereja St Teresa merakam kenangan di depan pokok Krismas gergasi di Dataran Tun Tuanku Bujang.
Ahli-ahli Gereja St Teresa merakam kenangan di depan pokok Krismas gergasi di Dataran Tun Tuanku Bujang.

Simbolik perasmian dilakukan dengan upacara menyalakan lampu oleh ketua-ketua dan wakil gereja yang terlibat sebelum perarakan dimulakan.

Perarakan Krismas turut diserikan dengan penyertaan kereta-kereta berhias dengan penuh warna warni dan persembahan pancaragam dari sekolah-sekolah menengah yang mengiringi perarakan.

Datuk Tiong Thai King (kanan) bersama tetamu jemputan menyertai perarakan Krismas di Dataran Tun Tuanku Bujang.
Tiong (kanan) bersama tetamu jemputan menyertai perarakan Krismas di Dataran Tun Tuanku Bujang.

Turut menyertai perarakan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King.

  • oleh
  • Advertisement