Anda di sini

Pusat 4S Ngu’s Brother Service lancar SUV Proton X70

Advertisement
 Peter (lima kiri), Esther (tiga kanan), Jeffrey (dua kanan) serta yang lain ketika pelancaran Proton X70 di Sibu, semalam.
KERETA PINTAR: Peter (lima kiri), Esther (tiga kanan), Jeffrey (dua kanan) serta yang lain ketika pelancaran Proton X70 di Sibu, semalam.

SIBU: Pusat 4S Ngu’s Brother Service Sdn Bhd (Proton 4S Centre) telah melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 di premisnya, semalam.

Pelancaran itu telah disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan Ngu’s Motor Service Sdn Bhd Dato Sri Peter Ngu Ung Yong dan Pengarah Eksekutif Datin Sri Esther Kong Siu Kiu.

Hadir sama ialah Pengarah Ngu’s Brother Service Sdn Bhd Jeffrey Ngu Heng Hing.

Sementara itu, Jeffrey ketika sidang media berkenaan dengan pelancaran kenderaan SUV tersebut berkata, Proton X70 ini ditawarkan harga dari RM99,800 hingga RM123,800.

Jelasnya, apa yang menarik Proton X70 ini adalah harganya tetap sama dengan Semenanjung Malaysia walaupun ia dijual di Sabah dan Sarawak.

“Model yang dinanti-nantikan oleh pasaran automotif tempatan selepas mula diperkatakan sejak tahun lalu itu ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang dijual pada harga RM99,800, manakala Executive 2WD pula adalah RM109,800, Executive AWD dan Premium 2WD pula masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM115,800 dan RM123,800 seunit.

“Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan secara bersama oleh PROTON dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) serta menjadi SUV premium pertama dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, dari segi spesifikasi, Proton X70 dikuasakan dengan enjin 1.8 liter pengecas turbo TGDI dengan enam kelajuan automatik, yang mampu menghambur kuasa 184 PS pada 5,500rpm dan tork 285Nm dari 1,700 - 4,400rpm.

“Penggunaan bahan bakarnya pula sekitar 8.9 L/100km dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“X70 ini adalah ‘kereta pintar’. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih seperti Arahan Suara yang membolehkan pemandu bercakap kepada unit infohibur untuk mengaktifkan beberapa fungsi seperti membuka dan tingkap, bumbung suria, menukar frekuensi stesen radio, mengawal bunyi audio, mencari tempat makan yang berhampiran dan banyak lagi dengan hanya menggunakan bahasa Inggeris yang mudah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, butiran lanjut mengenai X70 ini seperti di dalam kenyataan yang diberikan adalah dari segi keselamatan X70 dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, kerangka dari Besi Tempa Panas (HPF), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit dan khusus untuk varian Premium ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Ini secara tidak langsung melayakkan X70 untuk memperoleh penarafan lima bintang dari Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan skor tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang baru-baru ini.

X70 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, ‘Cinnamon Brown’ dan ‘Flame Red’ (warna mengikut varian).

X70 ditawarkan dengan Pakej XTRA yang merangkumi Pakej Servis Xtra (kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000km atau lima tahun), Pakej Pembiayaan Rendah Xtra (kadar faedah rendah bermula dari 2.34 peratus p.a. untuk pembeli yang berkelayakan), Pakej Perlindungan Waranti Xtra (5 tahun jaminan tanpa had perbatuan) dan Pakej Data (data Internet percuma selama 5 tahun dengan kouta 1GB sebulan).

Melengkapkan ciri premium, Proton X70 tampil dengan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) iaitu sistem penghubung pintar yang didatangkan dengan kad eSIM serta dimuatkan dengan lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara.

Ia diakses melalui skrin sentuh antara muka berasaskan Android bersaiz lapan inci yang dilengkapi ruang memori dalaman 32gb.

Malah, sistem itu juga mempunyai sambungan WiFi, sekali gus membolehkan jentera itu dijadikan sebagai ‘hotspot’ mudah alih.

Semua varian menerima ciri keselamatan termaju iaitu enam beg udara SRS, ISOFIX, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan daya brek elektronik (EBD), Bantuan Membrek (BA), Kawalan Brek Automatik, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Kawalan Cerun (HHA), Kawalan Menurun Curam (HDC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Orang ramai di sini yang berminat untuk menyaksikan sendiri keunikan Proton X70 ini, bolehlah berkunjung ke Pusat 4S Ngu’s Brother Service Sdn Bhd (Proton 4S Centre) yang beralamat di Lot 559, Jalan Bukit Lima atau hubungi talian 084-21686/216965.

Advertisement