Anda di sini

Proton X70 dilancarkan di KH Motor, Jalan Datuk Mohd Musa

Advertisement
 Ahmadi (barisan hadapan, tiga kanan) bersama Pengarah KH Motor Sdn Bhd, Wong Park Sii (barisan hadapan, empat kiri)  dan kakitangan jualannya memperkenalkan Proton X70 semasa majlis pelancarannya di Pusat 3S mereka di Kota Samarahan, semalam.
CEKAP TENAGA: Ahmadi (barisan hadapan, tiga kanan) bersama Pengarah KH Motor Sdn Bhd, Wong Park Sii (barisan hadapan, empat kiri) dan kakitangan jualannya memperkenalkan Proton X70 semasa majlis pelancarannya di Pusat 3S mereka di Kota Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN: Kereta keluaran terbaharu Proton Holdings Berhad (Proton) X70 yang dinanti-nantikan kini dilancarkan di KH Motor Sdn Bhd yang terletak di Lot 1508, Blok 2, Jalan Datuk Mohd Musa di sini, semalam.

Pengurus Negeri Sarawak (Jualan) Proton Edar Sdn Bhd, Ahmadi Abdul Latif berkata, bagaimanapun pelanggan yang ingin membeli model X70 premium berwarna merah hanya dapat menempah kenderaan itu secara eksklusif di KH Motor Sdn Bhd.

“Sekarang hanya terdapat tujuh pusat Proton di Sarawak yang menawarkan kenderaan X70 baharu kerana mereka adalah penjual sah Proton 3s (Jualan, Servis dan Alat Ganti) atau 4S sahaja.

“Dengan harga dari RM99,800 kepada RM123,800 bagi pelbagai varian, ini juga merupakan kenderaan Proton yang pertama dengan harga yang sama di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui media di Pusat 3S, KH Motor Sdn Bhd di sini, semalam.

Ahmadi berkata, kenderaan itu turut menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej data Internet satu gigabait setiap bulan bagi tempoh lima tahun.

“Misalnya, bagi mereka yang mahu memandu dari Kuching hingga ke Kota Kinabalu, mereka tidak perlu bimbang dengan perjalanan yag jauh,” katanya.

Proton X70 merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menggunakan bahan bakar jauh lebih jimat atau rendah berbanding dengan SUV lain dalam kelas yang sama.

Ditanya bagaimana sambutan yang diterima setakat ini, Ahmadi berkata, ia sememangnya amat menggalakkan.

“Setakat jam 11 pagi semalam, KH Motor Sdn Bhd menerima lebih 40 tempahan,” katanya Proton X70 didatangkan dengan lima pilihan warna bergantung dengan variannya.

Bagi X70 Premium 2WD, harganya bermula RM123,800; X70 Executive AWD (RM115,800); X70 Executive 2WD (RM109,800) dan X70 Standard 2WD (RM99,800) tidak termasuk insurans.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi KH Motor Sdn Bhd atau hubungi 082-671699

  • oleh
  • Advertisement