Anda di sini

Pihak berkuasa Mexico serbu makmal fentanyl

Advertisement
 Seorang pakar kimia yang memakai sut perlindungan kelihatan di sebuah makmal pemprosesan dadah fentanyl sulit yang terletak dalam perbandaran Azcapotzalco, di Kota Mexico. — Gambar Reuters
SERBU: Seorang pakar kimia yang memakai sut perlindungan kelihatan di sebuah makmal pemprosesan dadah fentanyl sulit yang terletak dalam perbandaran Azcapotzalco, di Kota Mexico. — Gambar Reuters

KOTA MEXICO: Sebuah makmal di Kota Mexico yang disyaki menghasilkan dadah fentanyl yang kuat telah di-serbu pada Rabu, kata pegawai, dalam kes serbuan yang jarang sekali melibatkan dadah yang semakin dipersalahkan kerana memburukkan lagi krisis opioid di Amerika Syarikat (AS).

Lebih 72,000 rakyat AS maut akibat pengambilan ubat berlebihan pada tahun lepas, termasuk ubat haram dan dadah preskripsi.

Presiden AS Donald Trump mengisytiharkan krisis ketagihan opioid sebagai satu darurat kesihatan awam.

Fentanyl merupakan jenis opioid paling bahaya yang digunakan di AS, menurut Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA), dan menjadi terkenal selepas pengambilan ubat penghilang kesakitan itu yang berlebihan dikatakan telah membunuh penyanyi pop Prince pada 2016.

Dadah itu diseludup ke AS umumnya dari China dan Mexico tetapi ia mustahil sekarang untuk menentukan negara mana yang membekalkan lebih banyak dadah tersebut, DEA menyebut dalam satu laporan pada Oktober lalu.

Siasatan membawa kepada penemuan makmal berkenaan di bahagian barat laut Kota Mexico, pejabat peguam negara di ibu negara Mexico menyebut dalam satu kenya-taan.

Pegawai yang memakai baju perlindungan putih menyerbu tapak tersebut pada waktu malam dan menjumpai pil biru kecil dan balang plastik besar yang mengandungi cecair gelap, imej dari pejabat pendakwa menunjukkan.

Penemuan mereka juga termasuk bahan kimia, jentera dan bekalan yang dipercayai digunakan untuk membuat fentanyl, katanya. — Reuters

Advertisement