Anda di sini

Kasut sekolah Pallas beri keselesaan paling maksimum untuk anak anda

Advertisement
 

KUCHING: Pilihan kasut yang sesuai dan selesa untuk anak-anak kesayangan anda adalah sangat penting bagi memastikan mereka membesar dengan sihat.

Kunci utama adalah memilih saiz kasut yang bersesuaian dan betul; saiz kasut yang dipilih tidak boleh terlalu besar atau kecil – sekurang-kurangnya satu ruang jari tangan di hujung jari kaki.

Sementara itu, ruang yang mencukupi di antara jari kaki juga penting untuk memastikan peredaran darah yang lancar di tapak kaki.

Aspek yang perlu dipertimbangkan juga semasa memilih kasut ialah keselesaan kusyen tumit kasut.

Kusyen tumit kasut yang selesa akan mengurangkan masalah kesakitan kaki. Kusyen tumit getah mempunyai lantunan yang lebih baik dan akan memberi keselesaan paling maksimum dan mengurangkan keletihan kaki.

Di samping itu, individu yang mempunyai tapak kaki rata dicadangkan memilih kusyen tumit kasut dengan lengkungan sokongan (arch support) yang akan memberi sokongan kepada lengkungan semula jadi tapak kaki, melegakan ketegangan pada otot kaki dan mencegah pelbagai masalah muskuloskeletal.

Akhir sekali, pengudaraan yang baik dalam kasut adalah sangat penting kerana tapak kaki akan menghasilkan kelembapan yang tinggi berbanding bahagian badan lain.

Kelembapan ini harus dikeluarkan dari permukaan kaki secepat mungkin untuk mengelakkan kaki lembap yang boleh mengeluarkan bau busuk dan kemungkinan akan menyebabkan penyakit kaki.

Kasut sekolah Pallas terkenal dengan ‘keselesaannya.’ Setiap kasut Pallas telah dikaji serta direka dengan mempertimbangkan aspek-aspek di atas dengan tujuan utama untuk memastikan kasut sekolah Pallas memberi keselesaan paling maksimum sepanjang hari bagi semua murid sekolah.

Jangan tunggu lagi, dapatkan kasut sekolah Pallas sekarang! Love Our Feet, Pilihlah Pallas!

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.pallas.com.my atau laman Pallas Malaysia FB.

Advertisement