Anda di sini

Dortmund berharap tidak diundi berdepan Liverpool

Advertisement
 Goetze (tengah) ketika beraksi pada perlawanan Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara menentang Monaco di  Stadium Louis II, Monaco Selasa lepas.  — Gambar Reuters
LICIK: Goetze (tengah) ketika beraksi pada perlawanan Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara menentang Monaco di Stadium Louis II, Monaco Selasa lepas. — Gambar Reuters

BERLIN, Jerman: Borussia Dortmund berharap untuk mengelak kelab bekas jurulatihnya, Jurgen Klopp di Liverpool apabila undian pusingan kedua Liga Juara-Juara akan dibuat pada hari Isnin.

Kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Napoli Selasa lepas menyaksikan Liverpool melangkah ke pusingan kedua selaku naib juara Kumpulan C.

“Ia tidak seharusnya Liverpool di pusingan seterusnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dortmund, Hans-Joachim Watzke apabila ditanya jika beliau mahu diundi menentang Liverpool di pusingan kedua.

Selepas menewaskan Monaco 2-0 Selasa lepas, Dortmund melangkah ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan A, di hadapan Atletico Madrid tetapi lebih rela mahu mengelak Liverpool dan Klopp, yang pernah membimbing Dortmund memenangi dua kejuaraan Bundesliga Jerman berturut-turut pada 2011 dan 2012.

“Liverpool? Ia pastinya sukar tetapi siapa sahaja lawan yang kami perolehi, ia pastinya sengit dan sukar,” kata pemain tengah Dortmund, Mario Goetze.

Klopp pernah kembali ke Signal Iduna Park di Dortmund, di mana Liverpool seri 1-1 pada perlawanan suku akhir pertama Liga Europa pada 2015/2016 sebelum menang 4-3 pada perlawanan kedua di Anfield, bangkit dari ketinggalan 1-3 namun tewas di final 1-3 kepada Sevilla.

Undian untuk perlawanan pusingan kedua berlangsung di Nyon pada jam 11 pagi waktu tempatan dengan Barcelona, Paris Saint Germain (PSG), FC Porto dan Real Madrid adalah juara kumpulan bersama-sama Dortmund.

Tiada kelab boleh bertemu dengan lawan dari kumpulan yang sama dalam pusingan pertama dan juga pasukan dari negara yang sama, yang hanya boleh diundi bersama di pusingan suku akhir ke atas.

Selain Liverpool, Tottenham Hotspur dan AS Roma juga bakal lawan Dortmund selain Lyon dan Manchester United. — AFP

Advertisement