Anda di sini

Sarawak perlu pekerja mahir teknologi, kejuruteraan

Advertisement
 Abang Johari (barisan depan, lima kanan) bergambar bersama tetamu kehormat dan 40 penerima Biasiswa Program Perubatan Yayasan Sarawak di Kuching, semalam.
KENANGAN: Abang Johari (barisan depan, lima kanan) bergambar bersama tetamu kehormat dan 40 penerima Biasiswa Program Perubatan Yayasan Sarawak di Kuching, semalam.

KUCHING: Yayasan Sarawak diminta mengenal pasti disiplin atau bidang pengajian baharu dalam usaha membantu Kerajaan Sarawak mentransformasikan ekonomi negeri.

Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak memerlukan tenaga kerja dalam kalangan generasi muda yang mahir dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

“Sarawak memerlukan disiplin atau bidang pengajian baharu untuk mentransformasikan ekonomi negeri.

“Justeru saya menggesa Yayasan Sarawak mengenal pasti disiplin atau kursus baharu melibatkan generasi muda dalam usaha mentransformasikan ekonomi negeri menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Biasiswa Program Perubatan Sesi 2018/2019 kepada 40 pelajar yang melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Atrium, Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

“Ketika ini kita hanya me-nyediakan biasiswa untuk program perubatan.

“Seterusnya, ialah kita akan memberi biasiswa kepada pelajar yang mengikuti pe-ngajian teknologi dan kejuru-teraan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi,” ujarnya.

Mengenai pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti program perubatan di UNIMAS, Abang Johari berkata Yayasan Sarawak merancang menawarkan biasiswa sama kepada 40 lagi pelajar pada tahun depan.

Menurutnya inisiatif Kerajaan Sarawak itu yang telah dimulakan pada tahun lalu akan diteruskan kerana Sarawak mahu melahirkan 200 doktor terlatih dalam tempoh 10 tahun bermula 2017.

“Saya sebagai Ketua Men-teri menerusi Yayasan Sara-wak telah memulakan ini-            siatif ini tahun lalu melibatkan 40 pelajar program perubatan di Universiti Malaysia Sara-wak (UNIMAS) dan tahun ini 40 lagi penerima, 80 setakat ini.

“Tahun depan kita merancang memberikan biasiswa kepada 40 lagi pelajar program perubatan di UNIMAS. De-ngan ini dalam tempoh 10 tahun (sehingga 2026) Sarawak akan mempunyai 200 doktor terlatih, ini tidak termasuk yang mendapat pinjaman pendidikan lain,” katanya.

Abang Johari berkata adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Sarawak membantu pelajar program perubatan dari segi kewangan menyedari ia sangat berdaya saing dan mahal serta syarat pemberian biasiswa sangat ketat.

“Saya menyeru anak-anak yang menerima biasiswa ini, gunakanlah ia sebaiknya untuk menimba ilmu dalam bidang perubatan sehingga berjaya seterusnya menjadi doktor bertauliah.

“Kalau sudah menjadi doktor menyumbanglah kembali kepada rakyat,” katanya.

Sementara Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang ketika ditemui selepas majlis itu berkata bagi tahun ini Yayasan Sarawak memperuntukkan RM20 juta untuk membiayai pengajian 40 pelajar yang mengikuti program perubatan di UNIMAS bagi sesi 2018-2019.

Katanya ia jumlah yang sama diperuntukkan bagi membiayai kumpulan pertama pelajar program perubatan UNIMAS, seramai 40 orang.

“Setiap pelajar akan diper-untukkan RM500,000 dalam bentuk biasiswa bagi lima tahun tempoh pengajian mereka.

“Kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak berhasrat membiayai pengajian 200 orang pelajar yang mengikuti program perubatan di UNIMAS dalam tempoh 10 tahun melibatkan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Terdahulu Azmi dalam ucapan aluannya berkata 40 penerima semalam adalah daripada 78 pelajar yang berjaya diterima mengikuti program perubatan di UNIMAS bagi sesi 2018/2019.

Beliau memberitahu pemilihan penerima biasiswa di bawah program itu dilakukan panel khas yang dianggotai wakil daripada beberapa agensi antaranya UNIMAS, Yayasan Sarawak dan Kerajaan Sarawak.

“Baki 38 pelajar yang melanjutkan pengajian dalam program perubatan di UNIMAS akan diberi pertimbangan oleh Yayasan Sarawak untuk diberi biasiswa pinjaman,” katanya.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan) Datu Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosial-Ekonomi) Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman.

  • oleh
  • Advertisement