Anda di sini

Rogol gadis bawah umur, lelaki ketahui nasib 17 Dis

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 27 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur, akan mengetahui nasibnya pada 17 Disember di Mahkamah Sesyen, di sini. 

Hakim Elsie Primus membuat keputusan itu terhadap Rayno Dhey Addy Royin George, setelah kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan. 

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, akan mengetahui pada tarikh itu nanti sama ada dipanggil membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan terbabit. 

Rayno Dhey didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 21 Jun 2016 jam 4.30 petang di kawasan hutan, belakang rumah sebuah kampung, daerah Kota Marudu. 

Jika didapati bersalah, boleh dikenakan penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan. 

Dalam pada itu, seramai enam saksi dipanggil pihak pendakwaan untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh yang mula didakwa pada 30 Mac tahun lalu. 

Timbalan Pendakwaraya Wan Farrah Farrizah Wan Ghazali melakukan pendakwaan berkenaan. 

  • oleh
  • Advertisement