Anda di sini

Miliki dadah, penagih ditangkap lagi dalam Ops Tapis

Advertisement
LELAKI yang ditangkap beserta bahan bukti.
LELAKI yang ditangkap beserta bahan bukti.

LAHAD DATU: Meskipun telah menjalani hukuman pada jenayah lampaunya, seorang penagih ditangkap lagi kerana memiliki dadah di sebuah kebun sawit di Kampung Telisai, Tungku pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditangkap dalam Ops Tapis yang menyasarkan sarang-sarang penyalahgunaan dadah di situ, kira-kira jam 2 petang. 

Katanya, bertindak atas aduan awam, lelaki berasal dari Kampung Sri Darun terbabit diberkas meski cuba memboloskan diri. 

"Pengadu bersama sepasukan anggota narkotik Lahad Datu telah menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. 

"Semasa pemeriksaan badan hendak dijalankan, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun suspek berjaya ditahan," katanya.

Pemeriksaan lanjut terhadap suspek telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu dengan anggaran berat 5.20 gram, bernilai kira-kira RM780. 

Turut ditemukan satu paket plastik lutsinar berisi 20 gulung kertas timah dalam poket sebelah kanan seluar pendek warna hitam yang dipakai suspek. 

Hasil ujian saringan awal, suspek positif methamphetamine dan juga didapati mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 2016 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952 (2015). 

  • oleh
  • Advertisement