Anda di sini

Warga emas terkorban dalam kebakaran Rh Sambau

Advertisement
Api sedang marak memusnahkan rumah panjang tersebut. - Gambar media sosial

SRI AMAN: Seorang wanita warga emas terkorban dalam kebakaran rumah panjang 28 pintu di Rh Sambau Sandai, Nanga Entulang di Jalan Stumbin di sini hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii, mangsa dikenal pasti sebagai Yon Manjat yang berumur dalam lingkungan 60an dijumpai maut ketika pasukan bomba menjalankan pemeriksaan menyeluruh di tapak kejadian.

"Seorang mangsa wanita dikenali sebagai Yon Manjat dalam lingkungan 60 tahun ditemukan rentung di ruai bilik mangsa sendiri dalam kebakaran rumah panjang tersebut," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Musnah dalam sekelip mata
Musnah dalam sekelip mata

Kebakaran rumah panjang itu turut menyebabkan 186 penghuni terdiri daripada 81 lelaki dan 105 wanita tinggal sehelai sepinggang.

Dalam insiden tersebut, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi.

"Kebakaran melibatkan satu blok rumah panjang pintu jenis kayu. Satu blok kediaman berasingan jenis separuh kekal terbakar 70 peratus," katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

Berita berkaitan: Banyak rumah panjang terbakar siang hari - Tiong


 

Advertisement