Anda di sini

Tiga wanita didenda RM1,500, miliki alat judi haram

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Tiga wanita dikenakan denda RM1,500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki peralatan judi loteri haram. 

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Conny Somin, 21, Luvita Takindong, 30, dan Merlyanah Ungkalau, 26, selepas masing-masing mengaku salah. 

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya. 

Ketiga-tiga tertuduh didapati memiliki 11 helai kertas tercacat nombor-nombor disyaki loteri haram, pada 27 Mei tahun lalu jam 4.40 petang di V&C Enterprise, Lorong Bunga Tanjung 2, Kepayan Commercial Centre. 

Semasa rayuan, ketiga-tiga tertuduh memohon hukuman mereka diringankan, namun Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit meminta hukuman setimpal dikenakan.

  • oleh
  • Advertisement