Anda di sini

Tentera AS sahkan lima marin maut pesawat terhempas di luar Jepun

Advertisement
 Sebuah kapal peronda Pengawal Pantai Jepun dan pesawat Tentera Laut AS menjalani operasi mencari dan menyelamat di kawasan di mana dua pesawat Kor Marin AS terlibat dalam satu kecelakaan di udara, di perairan pantai daerah Kochi, Jepun, dalam gambar pemandangan dari udara yang diambil oleh Kyodo pada 6 Disember lepas. — Gambar Reuters
OPERASI DIHENTIKAN: Sebuah kapal peronda Pengawal Pantai Jepun dan pesawat Tentera Laut AS menjalani operasi mencari dan menyelamat di kawasan di mana dua pesawat Kor Marin AS terlibat dalam satu kecelakaan di udara, di perairan pantai daerah Kochi, Jepun, dalam gambar pemandangan dari udara yang diambil oleh Kyodo pada 6 Disember lepas. — Gambar Reuters

TOKYO: Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan lima anggota marin yang hilang telah me-ninggal dunia dan menghenti-kan operasi mencari selama hampir seminggu selepas dua pesawat tentera AS terhempas di luar Jepun.

Pengumuman itu membawa angka kematian muktamad dalam nahas 6 Disember seramai enam orang, dengan anggota kru yang ketujuh diselamatkan selepas insiden maut tersebut.

Nahas melibatkan sebuah jet pejuang F/A-18 dengan dua kru di dalamnya dan sebuah pesawat tangki pengisi minyak KC-130  dengan lima kru berlaku pada awal pagi kira-kira 100 kilometer di luar kawasan Muroto di barat daya Jepun.

Ia membawa kepada satu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran, yang menurut tentera AS telah dihentikan sekarang.

“Setiap usaha yang mungkin telah dilakukan bagi mencari kru kami dan saya berharap keluarga kepada rakyat AS yang berani ini akan menemui ketenangan dalam usaha yang menakjubkan dilakukan oleh pasukan tentera AS, Jepun dan Australia semasa pencari-an,” kata Leftenan Jeneral Eric Smith dari US Marine Corps, jeneral pemerintah bagi III Marine Expeditio-nary Force.

Kemalangan pada mula-nya dilaporkan berlaku semasa satu operasi mengisi minyak, namun pihak tentera menyatakan pada Selasa ini masih belum disahkan dan puncanya masih dalam siasatan.

Terdapat kira-kira 50,000 anggota tentera AS ditempatkan di Jepun dan kemalangan bukan perkara luar biasa.

Pada November, sebuah jet pejuang tentera laut AS terhempas ke dalam laut di luar pulau selatan Okinawa di Jepun dan dua krunya berjaya diselamatkan.

Serta pada November 2017, sebuah pesawat  C-2A “Greyhound” dengan 11 orang di dalamnya terjunam ke dalam Laut Filipina – lapan orang diselamatkan dan pencarian telah dihentikan untuk tiga lagi selepas operasi mencari selama dua hari.

Pihak tentera AS turut mengalami masalah dengan helikopter Osprey, dengan beberapa pendaratan kecemasan, satu nahas maut dan satu bahagian daripada pesawat terjatuh ke atas kawasan sebuah sekolah di Jepun.

Insiden ini telah menambahkan ketegangan antara sekutu rapat tentera  

Washington dan Tokyo dan membawa kepada bantahan terhadap pengerahan Osprey oleh penduduk yang tinggal berhampiran pangkalan AS. — AFP

Advertisement