Anda di sini

Suspek utama kes bunuh dikehendaki polis

Advertisement
DARWIN @Tukui yang dikehendaki polis.
DARWIN @Tukui yang dikehendaki polis.

LAHAD DATU: Polis masih memburu suspek utama yang terlibat dalam kes bunuh di sebuah rumah kongsi Ladang Great State Assets, Felda Sahabat 4, Tungku, pada 29 November lalu. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata suspek yang dikenali sebagai Darwin @Takui, 26, dipercayai masih berada di Sabah dan usaha kian giat dijalankan untuk mengesannya. 

"Sehingga kini, sebanyak 12 tangkapan telah dibuat untuk membantu siasatan yang melibatkan dua wanita dan 10 lelaki berumur dalam lingkungan 21 hingga 54 tahun," katanya di sini pada Rabu. 

Maklumat lanjut mengenai suspek boleh disalurkan ke balai polis berdekatan. 

Dalam kejadian itu, seorang lelaki, 21, mati akibat dikelar di leher sebelah kanan, dipercayai disebabkan suspek menuduh si mati mencuri duitnya sebanyak RM400.

Siasatan polis bermula apabila dua 'screenshoot posting' media sosial dikongsi mengenai kejadian itu pada 5 Disember 2018. 

Seorang pengurus ladang ditemukan dan memaklumkan dia turut mendengar khabar kejadian yang berlaku di Ladang Great Estate Tambisan hinggalah membawa kepada penemuan pemilik laman media sosial. 

Hasil siasatan lanjut membawa ke lokasi mangsa bunuh dikebumikan dan satu perintah penggalian semula kubur telah diperolehi daripada Mahkamah Majistret Lahad Datu. 

Pada 7 Disember, kira-kira jam 9 pagi, kubur mangsa di kawasan kebun sawit Kampung Manar Tungku, di sini, digali semula dan hasil bedah siasat pada keesokannya menemukan punca kematian mangsa akibat luka hirisan pada leher. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement