Anda di sini

Shafie: Persidangan khas DUN Sabah antaranya pinda Perlembagaan Negeri

Advertisement

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam berkata persidangan khas Dewan Undangan Negeri pada Khamis ini bertujuan mendengar empat rang undang-undang terma-suk cadangan pindaan ke atas Perlembagaan Negeri Sabah.

Beliau bagaimanapun berkata pindaan terhadap perlembagaan negeri itu bukanlah suatu yang luar biasa kerana kerajaan Sabah dijangka melakukan lebih banyak pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri tersebut pada tahun-tahun akan datang.

“Ini bagi memastikan ada perubahan selain (undang-undang digubal) bersesuaian dengan keadaan semasa sekali gus meletakkan kerajaan negeri dan negeri Sabah di landasan sepatutnya,” katanya kepada pemberita, di sini.

Ditanya sama ada persidangan khas DUN itu akan menyentuh tempoh jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Mohd Shafie berkata: “Kita akan lihat bila masanya tiba.”

Sementara itu di PUTRAJAYA, sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta badan tersebut menyiasat sekiranya ada unsur rasuah berhubung dakwaan tempoh perkhidmatan Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang di-Pertua Negeri Sabah bakal dilanjutkan.

Pengerusi Penaja  Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata ini kerana undang-undang negeri Sabah mengehadkan tempoh jawatan itu kepada dua penggal (satu penggal bersamaan tiga tahun) dan tempoh Juhar sepatutnya tamat tahun ini.

Bercakap kepada pem-berita selepas membuat laporan itu di sini, beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, persida-ngan khas DUN Sabah pada Khamis ini akan mendengar usul pindaan undang-undang tubuh negeri bagi memboleh-kan Tun Juhar dilanjutkan tempoh perkhidmatannya. — Bernama

Advertisement