Anda di sini

RM70 juta untuk lindungi kehidupan marin Sarawak

Advertisement
Abang Johari menyampaikan replika cek kepada wakil Taman Negara Similajau yang menerima Anugerah Ketua Menteri bagi Pengurusan Terbaik Kawasan Lindungan Sepenuhnya (TPA). Turut kelihatan Len Talif (dua kanan) serta tetamu jemputan lain.
Abang Johari menyampaikan replika cek kepada wakil Taman Negara Similajau yang menerima Anugerah Ketua Menteri bagi Pengurusan Terbaik Kawasan Lindungan Sepenuhnya (TPA). Turut kelihatan Len Talif (dua kanan) serta tetamu jemputan lain.

KUCHING: Sarawak komited dalam melindungi kawasan perairan laut dengan memperuntukkan RM70 juta bagi projek tukun tiruan seluruh negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri untuk melindungi sumber semulajadi selain menghalang aktiviti pukat tunda daripada pihak tertentu.

"Kita perlu melindungi kawasan perairan laut kita dan sebab itu saya memberi peruntukan khas bagi melabuhkan tukun tiruan ke kawasan perairan.

"Kita tidak dapat bergantung peruntukan daripada perikanan (kerajaan pusat) maka saya membuat keputusan memperuntukan dana kerajaan negeri RM70 juta bagi tujuan melabuhkan tukun bermula dari Tanjung Datu hingga ke Lawas," katanya berucap pada majlis makan malam sempena Ulangtahun Ke-15 Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, projek pendaratan tukun dalam perairan laut bukan sahaja memberi manfaat dari segi kehidupan marin tetapi penting sekali mengekang aktiviti tidak diingini.

"Jika kita melabuhkan tukun ini, saya merasakan sukar bagi orang tertentu mahu mencuri ikan-ikan kita terutama pukat tunda.

"Ini bermakna jika tiada orang dapat mengambil ikan di perairan laut kita, nelayan tempatan akan mendapat manfaat," katanya.

Beliau menegaskan namun paling penting sekali ia adalah untuk melindungi sumber semulajadi yang mampu memberi pendapatan kepada Sarawak.

Katanya jika perairan laut terus dipulihara dan dilindungi ia pasti menyumbang kepada pendapatan.

Hadir sama Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd Datu Len Talif Salleh.

  • oleh
  • Advertisement