Anda di sini

Motosikal dilanggar atas kecuaian pemandu kereta

Advertisement
KEADAAN motosikal selepas dilanggar.
KEADAAN motosikal selepas dilanggar.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya telah dilanggar atas kecuaian pemandu kereta dalam kejadian kemalangan di Batu 3 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 10.20 malam Selasa. 

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata siasatan polis mendapati motosikal terbabit dari arah bandar menuju ke Batu 3 Jalan Apas. 

"Sebuah kereta masuk dari arah bertentangan melalui lorong tengah untuk masuk ke simpang menuju Perdana Square telah melanggar motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa yang ketika itu melalui jalan utama dari arah bandar.

"Bagaimanapun, penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 18 tahun dan pemboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat tindakan pemandu kereta, iaitu seorang pelajar perempuan, 17, yang cuai ketika keluar simpang. 

"Setakat ini siasatan masih diteruskan di bawah Peraturan 3 (2)(b) LN 166/59 oleh penolong pegawai penyiasat Sarjan Razlan Razan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement