Anda di sini

Malvern, Buda sedia ‘gegar’ Chiangmai

Advertisement
 Wee (tengah) bersama Malvern (kiri) dan Buda dalam sesi bergambar di KIA.
BUAT YANG TERBAIK: Wee (tengah) bersama Malvern (kiri) dan Buda dalam sesi bergambar di KIA.

KUCHING: Atlet bina badan kebangsaan Dr Malvern Abdullah dan Buda Anchah kini berada di Thailand bagi menghadapi cabaran pada Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Sedunia Kali Ke-10 yang membuka tirai di Chiangmai, semalam.

Untuk edisi kali ini, Malvern akan bersaing dalam kategori Flyweight (60 kilogram), manakala Buda akan bertanding dalam kategori Lightweight (70 kilogram).

Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak Dato Wee Hong Seng sempat meluangkan masa untuk memberi kata-kata semangat dan sedikit insentif buat Malvern dan Buda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) lewat kelmarin.

Kedua-dua anak Sarawak ini adalah antara tujuh atlet yang mewakili Malaysia di Chiangmai, di mana acara pembukaan berlangsung di Lotus Hotel Pang Suan Kaew di sana.

Kejuaraan akan berlangsung hingga 17 Disember ini.

Barisan atlet Malaysia kali ini juga termasuk jaguh dunia tiga kali bina badan wanita Lilian Tan yang pernah menyatakan hasrat beliau untuk bersara selepas edisi Chiangmai ini.

Selain Tan, atlet bina badan wanita dari Sabah, Meilaura Dora Jimmy, juga akan bertanding dalam kategori Wanita 55 kilogram ke bawah.

Juga terlibat ialah Mohd Syarul Azman Mike Mahen Abdullah yang merupakan pemenang pingat emas kategori Fizik Lelaki (sehingga 170 sentimeter, bawah 71 kilogram) pada Kejuaraan Asia 2018 yang berlangsung di Pune, India pada Oktober lalu.

Dua atlet lain ialah Azahar Mahamad (kategori Masters umur 45 ke atas) dan Ahmad Faiz Ariffin (kategori Fizik Lelaki sehingga 175 sentimeter).

  • oleh
  • Advertisement