Anda di sini

Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan

Advertisement
ANGGOTA bomba dan polis melakukan tugas masing-masing di lokasi kejadian.
ANGGOTA bomba dan polis melakukan tugas masing-masing di lokasi kejadian.

KUDAT: Lapan mangsa termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan pelbagai selepas dua kenderaan dinaiki bertembung di Jalan Kampung Kandawayon di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba (PB) Conrad Dusi berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 12.16 tengahari Rabu dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digegaskan ke lokasi.

“Kejadian sejauh 30 kilometer dari jarak balai itu membabitkan pertembungan dua kenderaan masing-masing pacuan empat roda dan kereta jenis sedan.

“Impak kemalangan menyebabkan lapan mangsa mengalami kecederaan pelbagai masing-masing tiga di kereta jenis sedan parah manakala lima penumpang termasuk tiga kanak-kanak di pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kudat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan adalah selamat.

“Operasi ditamatkan jam 1.20 petang,” katanya sambil menambah, punca kejadian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement