Anda di sini

Keluar Umno adalah keputusan bersama: Azizah

Advertisement
AZIZAH (dua dari kiri) ketika ditemuramah selepas sidang media itu.
AZIZAH (dua dari kiri) ketika ditemuramah selepas sidang media itu.

KOTA KINABALU: Keluar dari Umno adalah keputusan bersama demi rakyat Sabah dan bukannya keputusan sendirian.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berkata, keputusannya bersama wakil rakyat Umno lain untuk keluar parti turut mendapat sokongan daripada ahli akar umbi.

"Setakat ini, dari mesej yang saya terima, ada yang mengucapkan tahniah dan menyatakan ini adalah keputusan yang terbaik dan ditunggu sekian lama.

"Sudah lama mereka meminta kami mengambil tindakan seperti ini tetapi kami yang tidak mahu.

"Keputusan ini juga tidak ada kaitan dengan isu aset Umno yang dibekukan kerana pembangunan datang daripada kerajaan," katanya kepada media di sini pada Rabu.

Beliau berkata, apa yang berlaku juga menunjukkan pengakhiran buat Umno di Sabah kerana walaupun masih ada namun ia tidak lagi sekuat seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Azizah juga belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti dan akan menunggu keputusan daripada yang lain.

Terdahulu, Azizah bersama 13 wakil rakyat Umno yang lain menyertai sidang media berhubung keputusan keluar Umno.

Sidang media itu diketuai oleh mantan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

  • oleh
  • Advertisement