Anda di sini

Enam maut dalam kebakaran rumah kedai

Advertisement

IPOH: Enam maut dalam kebakaran seunit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.55 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, permis tersebut sedang terbakar 40 peratus dan setakat ini enam orang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jelapang Cheah Pou Hian berkata semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan.

Beliau dimaklumkan oleh orang awam bahawa terdapat bunyi letupan kuat dan kemudian disusuli dengan kebakaran.

Berdasarkan papan tanda di premis tersebut, ia menjalankan perniagaan pengaturcara majlis, pembekal alatan majlis, khemah, siaraya dan lampu. — Bernama

Advertisement