Anda di sini

Ebola mula merebak ke kawasan bandar di Congo

Advertisement
 Seorang pekerja kesihatan membawa seorang bayi yang disyaki           dijangkiti virus Ebola di sebuah hospital di Oicha, Congo pada 6 Disember lepas. — Gambar Reuters
MANGSA EBOLA: Seorang pekerja kesihatan membawa seorang bayi yang disyaki dijangkiti virus Ebola di sebuah hospital di Oicha, Congo pada 6 Disember lepas. — Gambar Reuters

KINSHASA: Congo kini dilanda penularan wabak Ebola yang mula merebak ke beberapa bandar utama, menurut pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Medecins Sans Frontieres (MSF), lapor Xinhua.

MSF berkata bandar Butembo, di timur laut Congo yang mempunyai penduduk hampir sejuta merupakan bandar terbaharu yang dilanda wabak berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Khamis, 35 kes baharu dilaporkan sejak Selasa, dua kes di Butembo, lapan di Katwa dan dua di Kalunguta.

“Keadaan itu amat membimbangkan dan kami sedang berusaha untuk mengawalnya,” kata penyelaras projek MSF di Butembo, John Johnson.

Sehingga Jumaat, data dikeluarkan WHO menunjukkan jumlah kes Ebola mencapai 489 kes dengan 441 daripanya disahkan Ebola dan 232 kematian.

Congo mengisytiharkan wabak terkini Ebola di Wilayah Utara Kivu pada Ogos, wabak ke-10 dalam tempoh 40 tahun dan negara yang terbesar pernah tejadi.

Kadar kematian Ebola, menurut WHO, sangat tinggi, dengan kes kematian dari 50 peratus hingga 89 peratus, bergantung kepada jenis virus. — Bernama

Advertisement