Anda di sini

AS pulangkan loceng ‘trofi perang’ kepada Filipina

Advertisement
 Pegawai Filipina dan AS, termasuk wakil dari Gereja Katolik, bergambar di sebelah tiga loceng gereja Balangiga sejurus selepas ia tiba dari AS di sebuah pangkalan udara tentera di Manila semalam. — Gambar AFP
TROFI PERANG: Pegawai Filipina dan AS, termasuk wakil dari Gereja Katolik, bergambar di sebelah tiga loceng gereja Balangiga sejurus selepas ia tiba dari AS di sebuah pangkalan udara tentera di Manila semalam. — Gambar AFP

MANILA: Loceng gereja yang dirampas daripada Filipina oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai trofi perang sejak satu abad lepas telah dipulangkan pada Selasa, dalam satu usaha untuk membuka lembaran baharu bagi babak yang sukar antara dua sekutu yang bersejarah.

Pemulangan tiga loceng dikenali sebagai Balangiga itu memenuhi permintaan selama beberapa dekad daripada bekas tanah jajahan AS pada masa ketika hubungan kedua-dua negara terjejas oleh peralihan sokongan Presiden Rodrigo Duterte kepada China.

Sebuah pesawat tentera AS menghantar loceng ke lapangan udara Manila, di mana pegawai Filipina dan AS berkumpul sebelum satu majlis penyerahan simbolik dijangka pada lewat Selasa.

Loceng itu dikatakan memberi isyarat untuk serangan mengejut oleh pejuang revolusi Filipina yang bersenjata-kan parang yang membunuh 48 anggota tentera AS pada 28 September, 1901 di pekan tengah Balangiga.

Dalam tindakan balas, komander AS Jacob Smith mengarahkan pulau sekeliling di Samar ditukar menjadi sebuah “tanah gersang besar” dan semua lelaki Filipina berusia 10 tahun ke atas dibunuh.

Ribuan rakyat Filipina dibunuh, pekan tersebut dibakar dan loceng dibawa pergi sebagai trofi mereka. Dua daripadanya telah dipamerkan di sebuah pangkalan udara AS di Wyoming  dan yang lain di Korea Selatan.

Pemulangan loceng telah memecahbelahkan dengan beberapa veteran dan anggota perundangan AS melihatnya sebagai satu penghormatan kepada anggota tentera AS yang terkorban sementara Filipina menganggap ia sebagai simbol perjuangannya untuk kemerdekaan.

Beberapa pegawai AS telah menegaskan pemulangan sebagai satu langkah penting dalam menutup ruangan yang menyakitkan antara kedua-dua negara, yang mempu-nyai hubungan ketenteraan, kebudayaan dan dagangan yang rapat.

Desakan Manila untuk pemulangan loceng bermula pada 1990 dan mendapat sokongan daripada para presiden Filipina termasuk dari Gereja Katolik dan sejarawan.

Duterte, 73, secara lancang menggesa Washington dalam ucapan 2017 agar “menyerahkan semula kepada kami loceng Balangiga. Ia bukannya milik kamu,” ketika beliau menjejaskan pakatan rapat negaranya dengan AS.

Dalam masa beberapa bulan selepas memenangi jawatan presiden pada pertengahan 2016 beliau meluahkan hasratnya untuk berpisah dengan bekas ketua kolonial Filipina dan menamatkan ketegangan dengan Beijing berhubung Laut China Selatan yang direbutkan.

Para penyokong Duterte mendakwa kesanggupan beliau untuk berdepan dengan pengaruh AS adalah kunci bagi pemulangan loceng, namun pakar memberi amaran bahawa proses tesebut  adalah lebih sukar.

“Tiada seorang presiden pun boleh menuntut pujian untuk itu,” Francis Gealogo, profesor sejarah di Universiti AteneUnvero de Manila, memberitahu wartawan AFP.

“Pujian harus diberikan kepada rakyat Filipina yang berkempen dengan berani dan aktif.”

Faktor utama adalah juga pertubuhan veteran AS, ter-masuk kumpulan terbesar Veterans of Foreign Wars, menggugurkan bantahan mereka terhadap pemulangan loceng itu. — AFP

Advertisement