Anda di sini

UPP masih menggunakan nama dan logo lama

Advertisement
 Lo (tengah) ketika menyerahkan surat permohonan menukar nama dan logo UPP kepada Georgina.                     Turut kelihatan Fong (kanan).
MOHON KELULUSAN: Lo (tengah) ketika menyerahkan surat permohonan menukar nama dan logo UPP kepada Georgina. Turut kelihatan Fong (kanan).

KUCHING: Parti Rakyat Bersartu (UPP) hanya akan menggunakan nama dan logo baharu parti itu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya George Lo ketika ditemui semalam selepas beliau bersama Setiausaha Eksekutif UPP Margerat Fong menghantar permohonan bagi menukar nama dan logo parti berkenaan kepada ROS menerusi Pe-ngarah ROS Negeri Georgina Apphia Ngau.

“Dari segi undang-undang, kami masih lagi UPP, kami hanya boleh menggunakan nama dan logo baharu iaitu PSB selepas diluluskan oleh ROS.

“Tadi Pengarah ROS Sarawak memaklumkan bahawa parti politik bukan di bawah bidang kuasa ROS negeri, tetapi beliau akan membantu kita mengemuka-kan permohonan ini kepada ROS pusat untuk dipertimbangkan,” katanya.

Lo berkata Georgina turut memaklumkan bahawa jika permohonan itu dimasukkan dalam sistem komputer biasa-nya ia akan mengambil masa 23 hari untuk diproses.

“Kita berharap kelulusan permohonan kami ini dapat dipercepatkan atau mungkin mengambil sedikit masa... susah untuk saya pastikan.

“Pengarah ROS negeri juga memberitahu bahawa beliau perlu menyemak sama ada sudah ada pertubuhan yang menggunakan nama PSB... PBS sudah ada, sebab itu kami tidak menggunakannya,” katanya sambil menambah, pada mulanya UPP mahu dije-namakan semula sebagai Parti Bersatu Sarawak (PBS).

Selain memohon menukar nama parti, UPP turut mengemukakan permohonan untuk meminda perlembagaan parti itu.

Sementara itu, Georgina memberitahu bahawa beliau akan menghantar permohonan UPP itu kepada ROS pusat untuk tindakan lanjut.

Dalam hal itu, katanya ROS negeri akan bertindak sebagai penasihat dan memudah cara proses permohonan.

“ROS negeri menerima dan memproses permohonan pendaftaran untuk semua kategori kecuali daripada parti politik.

“Jadi apa yang kami lakukan hari ini (semalam) ialah kami menerima permohonan dan kemudian dihantar kepada ROS pusat untuk dipertimbangkan.

“Kami melakukan perkara sama kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak) tempoh hari, membantu dan memudahkan permohonan pendaftarannya,” jelasnya.

Pada 8 Disember lalu, pasukan petugas diketuai Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh mencadangkan nama baharu parti itu, PSB.

Turut dicadangkan pertukaran logo baharu parti yang memperlihatkan matahari cerah terbit dari horizon Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Delegasi Luar Biasa (EDC) UPP sambil menambah, pasukan petugas akan mendapatkan pendapat dan kelulusan daripada semua delegasi untuk nama dan logo baharu parti ini serta pindaan mengikut perlembagaan parti.

“Cadangan untuk mengubah nama dan logo parti telah dicadangkan pada Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali kedua parti di Sibu pada 7 Julai 2018 untuk imej yang lebih pelbagai kaum.

“Bagi tujuan itu, satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk melihat cadangan pertukaran nama dan logo parti ini dan mencadangkan  diadakan EDC pada hari ini bagi membincangkan dan membuat keputusan menge-nai nama dan logo baharu parti,” katanya.

Tambah Wong, sama ada UPP atau PSB, parti katanya  tidak akan mengubah ciri-ciri parti yang berbilang kaum.

Beliau turut menggambar-kan cadangan logo baharu parti, iaitu tanah Sarawak dengan matahari terbit, yang membawa makna PSB adalah parti ber-asaskan Sarawak tulen.

Manakala tiga warna yang digunakan (kuning, hitam dan merah) mewakili warna negeri Sarawak yang menggambarkan imej dan pandangan Sarawak yang pelbagai kaum.

  • oleh
  • Advertisement