Anda di sini

Ular gergasi belit anjing tewas

Advertisement
 Pasukan bomba menunjukkan ular sawa sepanjang 20 kaki yang berjaya ditangkap.
BERJAYA: Pasukan bomba menunjukkan ular sawa sepanjang 20 kaki yang berjaya ditangkap.

SRI AMAN: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sri Aman berjaya menangkap ular sawa yang dianggarkan sepanjang 20 kaki di sebuah penempatan di Jalan Kejatau, Sri Aman semalam.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan jam 2.42 petang semalam, berhubung penemuan ular sawa yang dikatakan sebelum itu sedang membelit dan menelan seekor anjing milik penduduk di situ.

“Setiba di lokasi kejadian, Komander Operasi Jilin Itar memaklumkan tiga pegawai bomba dan empat orang awam berusaha menarik keluar ular sawa yang cuba memasuki lubang dalam tanah.

“Ular tersebut diikat dan anggota serta orang awam secara bersama menarik keluar ular tersebut sehingga berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Jurucakap bomba memberitahu, ular spesies sawa itu berukuran 20 kaki panjang dan 16 sentimeter ukur lilit.

Setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba menamatkan operasi sekitar jam 3.57 petang semalam.

Difahamkan anjing milik penduduk di situ mati akibat dibelit ular berkenaan.

Advertisement