Anda di sini

Suspek bunuh pengembara dihadapkan di mahkamah New Zealand

Advertisement

WELLINGTON: Seorang lelaki dituduh membunuh pengembara rakyat Britain Grace Millane hadir di sebuah mahkamah New Zealand semalam apabila seorang hakim memberitahu keluarga mangsa “penderitaan kamu tentunya sangat sukar”.

Millane hilang pada 1 Di-sember, pada petang sebelum ulang tahunnya ke-22, dan polis menemui mayatnya kelmarin di sebuah taman hanya di luar Auckland.

Seorang lelaki berusia 26 tahun, yang tidak dapat dinamakan atas sebab-sebab perundangan, dihadapkan di Mahkamah Daerah Auckland semalam atas tuduhan membunuhnya.

Memakai sut penjara berwarna biru, dia tidak dikehendaki untuk mengemuka-kan rayuan dan diarahkan ditahan reman sehingga 23 Januari depan.

Millane sedang dalam percutian selama setahun selepas menamatkan pengajiannya dari universiti dan berada di New Zealand selama dua minggu selepas menjelajah sekitar Amerika Selatan selama lebih sebulan.

Ia merupakan perjalanan solo pertama beliau ke luar negara dan keluarganya menjadi bimbang apabila beliau gagal menghubungi mereka setiap hari seperti selalu.

Polis sebelum itu me-nyatakan beliau telah dilihat kali terakhir masih hidup memasuki sebuah hotel di pusat bandar di Auckland bersama seorang lelaki.

Bapanya David telah datang ke New Zealand selepas beliau hilang dan mengemukakan permintaan penuh emosi untuk maklumat mengenai anak gadisnya yang “penyayang, peramah dan mementingkan keluarga”.

Hakim Evangelos Thomas semalam membuka prosiding singkat mahkaman dengan menyampaikan ucapan kepada keluarga mangsa, lapor Radio New Zealand.

“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada kamu, penderitaan kamu memang sangat berat,” kata-nya.

“Semua kami mengharap-kan kehakiman adalah adil dan pantas serta akhirnya memberikan sedikit ketena-ngan kepada kamu.”

Pembunuhan itu mengejutkan New Zealand, yang biasanya dianggap sebagai sebuah tempat selamat untuk pelancong dan purata kurang daripada 50 homisid setahun dalam populasi seramai 4.8 juta orang. — AFP    

Advertisement