Anda di sini

Semburan bisa tedung cederakan mata budak

Advertisement
 Anggota bomba berjaya  menangkap ular terbabit.
TANGKAP: Anggota bomba berjaya menangkap ular terbabit.

SIBU: Seorang kanak-kanak berumur lima tahun cedera di mata akibat terkena semburan bisa ular tedung kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya memberitahu, kejadian malang itu berlaku di rumah mangsa di Jalan Yong Kip Kim, Jalan Aping di sini.

Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dengan sebuah jentera FRT dan EMRS bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Ular tedung terbabit akhirnya berjaya ditangkap pihak bomba sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Mangsa diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Advertisement