Anda di sini

Prototaip bas elektrik pertama dilancar

Advertisement
Masing bersama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan (dua kiri) serta yang lain beraksi dengan prototaip bas elektrik yang dilancar di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Masing bersama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan (dua kiri) serta yang lain beraksi dengan prototaip bas elektrik yang dilancar di sini, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Prototaip bas elektrik pertama yang bakal beroperasi pada awal tahun hadapan dilancarkan di sini, hari ini.

Prototaip bas berkenaan merupakan produk projek perintis antara sektor swasta tempatan, HENZ Pasific Sdn Bhd dan syarikat dari China, Zhejiang CRRC Electric Vehicle Co.Ltd dikenali Bas Elektrik Bandar Raya CRRC.

Bas Elektrik CRRC bakal menggunakan laluan sejauh 14 kilometer sekitar bandar raya Kuching sebagai perintis dengan melibatkan laluan antara bangunan komersial Satok, laluan Jejak Warisan (Heritage Trail) dan bangunan komersial iCom Square di Jalan Pending.

Sebagai permulaan, syarikat berkaitan memberi perkhidmatan percuma kepada warga tempatan dan pelancong sebagai permulaan sebaik sahaja ia yang dijangka beroperasi awal tahun hadapan.

Bas akan memulakan perjalanannya di Main Bazaar mulai pukul 7 pagi dan akan berakhir pada pukul 6 petang di Jalan Khoo Hun Yeang (Open Air Market).

Bukan sahaja dilengkapi kemudahan teknologi seperti kamera litar tertutup sebagai keselamatan, WiFi percuma, selain aplikasi sistem penjejakan bas (GPS), bas elektrik CRRC juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kerusi khas OKU.

Produk prototaip bas elektrik CRRC pertama yang dilancara hari ini.-Gambar Muhd Rais Sanusi.
Produk prototaip bas elektrik CRRC pertama yang dilancarkan hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

Majlis pelancaran berkenaan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Abang Johari dalam teks ucapannya yang dibacakan Masing berkata, pelancaran itu amat signifikan kerana sebuah syarikat pengeluar bas elektrik dari China berusaha melabur dan melancarkan produknya di negeri ini.

"Tidak ramai syarikat seperti CRRC sanggup melabur berjuta dengan hanya menghasilkan prototaip bas elektrik ini ke pasaran Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya.

"Selain itu mereka telah memilih Kuching untuk pelancaran produk rasmi pertama mereka," katanya.

Beliau berkata, semua maklum bahawa teknologi teras CRRC adalah dalam pembuatan rel atau keretapi berkelajuan tinggi.

"Saya dimaklumkan bas elektrik bandar raya ini mematuhi dan menggunapakai konsep teknologi pembuatan keretapi berkelajuan tinggi CRRC," katanya.

  • oleh
  • Advertisement