Anda di sini

Pembentangan Kertas Putih FELDA ditangguh: Azmin

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) menangguhkan pembentangan Kertas Putih Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang sepatutnya dibuat semalam, ke sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan semalam berkata bagi memastikan keutuhan kertas putih ber-kenaan, jemaah menteri juga bersetuju agar pembentangan itu ditangguhkan ke sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas tahun 2019.

“MEA telah dinasihatkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempertimbangkan semula cadangan pembentangan Kertas Putih itu hari ini (semalam). AGC berpendapat beberapa isu perundangan perlu diselesaikan sebelum Kertas Putih tersebut boleh dibentangkan di parlimen.

“Kementerian mengambil berat pandangan daripada AGC dan telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan jemaah Menteri.

“Demi memastikan ke-utuhan Kertas Putih FELDA, jemaah Menteri telah bersetuju agar pembentangan Kertas Putih ini ditangguhkan ke sidang Parlimen Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas tahun 2019,” kata-nya.

Mohamed Azmin berkata kementeriannya telah bekerjasama rapat dengan FELDA dalam menyediakan satu Kertas Putih bagi mendapatkan gambaran yang mendalam tentang kemelut yang menyelubungi agensi itu.

Menurutnya, gambaran yang jelas akan dapat membantu kementerian dan peng-urusan baharu FELDA dalam merangka pelan pemulihan dan hala tuju FELDA yang lestari dan mampan.

“MEA (kementerian) komited untuk membentangkan Kertas Putih yang komprehensif dan berkredibiliti, MEA telah bertungkus-lumus menyediakan Kertas Putih tersebut dan ia di peringkat terakhir penyediaan bagi pembentangan di parlimen yang dijadualkan pada 10 Disember 2018,” jelas beliau. — Bernama

Advertisement