Anda di sini

Mayat reput dalam longkang gemparkan warga kota

Advertisement
 Anggota bomba dan polis berusaha mengeluarkan mayat mangsa.
ALIH: Anggota bomba dan polis berusaha mengeluarkan mayat mangsa.

KUCHING: Penduduk di bandar raya ini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang reput dalam longkang di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, mayat itu ditemui orang awam yang terhidu bau busuk di sekitar longkang berkenaan kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

Dedahnya, mayat itu dikenali sebagai Mohammad Isham Ibrahim, 28 berasal dari Kampung Sageng, Simunjan.

“Mayat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian berseluar jean dan baju-T. Siasatan awal kami mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada masa sama Denis memberitahu, kejadian tersebut kini disiasat pihak Balai Polis Gita.

“Bedah siasat akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian mangsa. Kes dalam siasatan,” ujarnya.

Selain itu, Denis berkata, maklumat kejadian tersebut merupakan kali pertama orang awam menghubungi Polis Gerakan Kuching 24 jam iaitu di talian hotline 082-244444.

Tambahnya, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek mengesahkan telah menerima laporan tersebut.

Difahamkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya turut ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat dari longkang berkenaan.

Advertisement