Anda di sini

Malvern, Buda sedia berentap di Kejuaraan Dunia 2018 

Advertisement
Wee bersama Malvern (kiri) dan Buda (kanan) dalam sesi bergambar di KIA.
Wee bersama Malvern (kiri) dan Buda (kanan) merakam kenangan sebelum kedua-dua atlet itu berangkat ke ibu negara sebelum berlepas ke Chiangmai pagi tadi.


KUCHING: Atlet bina badan kebangsaan, Dr Malvern Abdullah dan Buda Anchah kini berada di Thailand bagi menghadapi cabaran pada Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Sedunia Kali Ke-10, yang membuka tirai di Chiangmai pada hari ini.


Untuk edisi kali ini, Malvern akan bersaing dalam kategori Flyweight (60 Kilogram), manakala Buda akan bertanding dalam kategori Lightweight (70 Kilogram).


Presiden Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak Datuk Wee Hong Seng sempat meluangkan masa untuk memberi kata-kata semangat dan juga sedikit insentif buat Malvern dan Buda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) lewat semalam.


Kedua-dua anak Sarawak itu ialah antara tujuh atlet yang mewakili Malaysia di Chiangmai, di mana acara pembukaan berlangsung di Lotus Hotel Pang Suan Kaew di sana.


Kejuaraan tersebut akan berlangsung sehingga 17 Disember ini.


Barisan atlet Malaysia kali ini termasuk jaguh dunia tiga-kali bina badan wanita Lilian Tan, yang pernah menyatakan hasrat beliau untuk bersara selepas edisi Chiangmai ini.


Selain Tan, atlet bina badan wanita dari Sabah, Meilaura Dora Jimmy, juga akan bertanding dalam kategori Wanita-55 Kilogram Ke Bawah.


Turut terlibat ialah Mohd Syarul Azman Mike Mahen Abdullah yang merupakan pemenang pingat emas kategori Fizik Lelaki (Sehingga 170 Sentimeter, Bawah 71 Kilogram) pada Kejuaraan Asia 2018 yang berlangsung di Pune, India, bulan Oktober lalu.


Dua atlet yang lainnya adalah Azahar Mahamad (Kategori Masters–Umur 45 Ke Atas) dan Ahmad Faiz Ariffin (Kategori Fizik Lelaki–Sehingga 175 Sentimeter).



 

  • oleh
  • Advertisement