Anda di sini

Lelaki padam kebakaran cedera di muka, badan

Advertisement
 Seorang anggota bomba kelihatan memeriksa rumah mangsa bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran.
PANTAU: Seorang anggota bomba kelihatan memeriksa rumah mangsa bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran.

PUSA: Seorang lelaki cedera di muka dan badan setelah bertungkus-lumus memadamkan kebakaran rumahnya di Kampung Hilir Pusa dekat sini semalam.

Mangsa, Rosdi Mantali, 47, yang tinggal bersama lima ahli keluarganya sempat memadamkan api dengan dibantu jirannya dalam kejadian awal pagi semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.43 pagi.

Ketua Balai BBP Betong Vincent Baling berkata kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung berstruktur tidak kekal  terbakar 30 peratus di bahagian stor dan dapur.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan penghuni dibantu jiran berdekatan menggunakan sumber air yang ada sebelum bomba tiba di lokasi.

“Pada masa sama difahamkan seorang lelaki mengalami kecederaan dan dihantar orang awam ke sebuah klinik di Pusa,” katanya.

Bomba bertindak membuat pemantauan di persekitaran dan mendapatkan maklumat berhubung kejadian tersebut.

“Enam sekeluarga menghuni rumah terbabit berjaya keluar namun seorang penghuni lelaki mengalami kecederaan dan lima penghuni wanita lain tidak mengalami kecederaan,” jelasnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan sekitar jam 2.20 pagi.

Turut hadir Pegawai Operasi Henry Jugah.

  • oleh
  • Advertisement